18 Ogos 2017 - 07:43
Sebab Kekejaman Arab Saudi Di Bandar Awamiyah

Tindakan Arab Saudi memusnahkan bandar Awamiyah yang didiami oleh penduduk Syiah telah menimbulkan banyak tanda tanya buat ramai pihak. Akan tetapi, seseorang itu perlu mencari jawapan kepada persoalan tersebut di dalam kegagalan kerajaan bermonarki mutlak itu di Yaman, Iraq, Syria dan di lain-lain kawasan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tindakan Arab Saudi memusnahkan bandar Awamiyah yang didiami oleh penduduk Syiah telah menimbulkan banyak tanda tanya buat ramai pihak. Akan tetapi, seseorang itu perlu mencari jawapan kepada persoalan tersebut di dalam kegagalan kerajaan bermonarki mutlak itu di Yaman, Iraq, Syria dan di lain-lain kawasan.

Para pemerintah Riyadh yang berpegang kepada fahaman Wahhabi sentiasa melihat ke arah Wilayah Timur neagra itu yang kaya dengan minyak dengan pandangan yang penuh dengan syak wasangka memandangkan majoriti penduduknya adalah penganut ajaran Syiah. Mereka sentiasa memantau pelbagai aspek kehidupan penduduk di kawasan itu termasuk akses mereka kepada dunia luar.

Kebangkitan gerakan Houthi di Yaman yang turut menganut salah sebuah aliran pemikiran yang wujud di dalam dunia Islam Syiah telah menjadikan Riyadh lebih panik kerana gusar bahawa perkara itu mungkin akan memotivasi para penduduk Awamiyah yang sentiasa dizalimi untuk bangkit menentang pemerintahan Riyadh.

Itulah sebab kenapa Arab Saudi melancarkan kempen pengeboman mereka ke atas Yaman pada tahun 2015. Akan tetapi, dengan objektif mereka di Yaman menjadi semakin sukar untuk dicapai, keluarga al-Saud kini mengalihkan pandangan mereka ke atas bandar Awamiyah itu sendiri.

Selain daripada itu, kegagalan kumpulan Takfiri yang meminjam ideologi Wahhabi dari Arab Saudi di Syria dan Iraq turut merisaukan Riyadh yang berharap bahawa kejayaan kumpulan tidak berhati perut itu akan menambahkan ketakutan di hati para penduduk Awamiyah sekaligus mencegah mereka daripada melakukan perkara yang merugikan keluarga pemerintah Arab Saudi.

Para pemerintah Arab Saudi kini berusaha untuk menggambarkan gerakan popular di wilayah Qatif kepada masyarakat dunia sebagai kumpulan pengganas dan pemberontak.

Laporan-laporan media turut mengesahkan bahawa kerajaan Arab Saudi telahpun menyelesaikan program pemusnahan kawasan kejiranan al-Musawara di bandar Awamiyah.

Para wartawan antarabangsa pada minggu lepas telah menyaksikan kemusnahan yang dibuat oleh tentera Arab Saudi di kawasan itu setelah mendapat izin buat kali pertama untuk memasuki bandar itu.

Mereka berkata bahawa pihak berkuasa Arab Saudi telah menghalang perkhidmatan kecemasan untuk membantu mereka yang cedera dan gagal untuk menghulurkan bantuan kepada warga Awamiyah yang terperangkap di kawasan tersebut.

Puluhan warga Arab Saudi telah terbunuh dan ratusan yang lain pula mengalami kecederaan sejak rejim Riyadh melancarkan tindakan kekerasan mereka ke atas penduduk Awamiyah pada 10 Mei lalu.

Juga terdapat laporan yang mengatakan bahawa rejim keluarga Saudi tidak membenarkan sesiapapun keluar ataupun masuk ke bandar itu.

Antara yang tertakluk kepada sekatan itu adalah ambulans, kereta bomba dan lori pemungut sampah.

Rejim Riyadh mendakwa bahawa mereka sedang melancarkan operasi memburu pengganas yang telah menyerang pihak berkuasa negara itu. Akan tetapi, penduduk tempatan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata bahawa mereka sedang berusaha untuk memadam tinggalan kebudayaan di bandar Syiah itu dan membangunkan semula kawasan tersebut. -ABNA24

/315